Tips pengiraan kalori makanan

Tips pengiraan kalori makanan

daily energy requirement = berat(kg) * 30 calories

eg: berat mama 45kg * 30 = 1350 calories/day

katakan ler nk kurangkan dlm minggu tu 1kg.. means 45kg-1kg=44kg

so by tht week, pengambilan calories only 44*30 = 1320 calories/day

lagik 30calories/day tu (1350-1320 calories) kita akan withdraw dari part2 lemak kita yg sedia ada.. usually start dgn punggung ler..



PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori minuman


minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal



Petua memilih makanan di restoran :

sebelum menempah meja, dapatkan maklumat sama ada bahan ramuan hidangan dapat ditukar
baca menu dengan teliti dan pilih makanan yang sihat. Pilih makanan yang bersayur.

Minta salad tanpa dresing

minta makanan yang kurang berminyak, garam dan tanpa serbuk perasa (MSG). Minta yang menggunakan perasa seperti rempah atau herba

pilih hidangan yang dikukus, rebus, panggang atau dibakar

jika ada sos, minta ianya disajikan berasingan

jika anda memerlukan makanan yang rendah kolestrol, elakkan makanan berdaging seperti otak, hati dan buah pinggang atau ketam, udang atau sotong

pilih makanan yang disediakan pada asalnya memang berkalori rendah

minta buah-buahan sebagai pencuci mulut

minum air, teh atau kopi tanpa gula daripada meminum minuman ringan yang manis atau beralkohol

BAGAIMANA MEMBAKAR KALORI TANPA BERSENAM


Untuk menguruskan badan, anda perlu membakar kalori melebihi jumlah pengambilan kalori seharian. Pembakaran kalori sentiasa berlaku ketika melakukan kerja rumah, membaca, bahkan ketika tidur juga badan membakar kalori! Namun begitu terdapat beberapa amalan yang bagus dipraktikkan bagi menambah lagi pembakaran kalori.

1. Tidur dengan perut kosong.
Ketika tidur badan membakar 55 kalori sejam. Ini bermakna dengan ketiadaan makanan di dalam perut, badan membakar lebihan lemak dalam badan dan anda akan bangun dengan kandungan lemak yang kurang berbanding sebelum tidur!

2. Minum 8 gelas minuman sejuk sehari
Minuman sejuk akan menurunkan suhu badan, dengan itu badan akan membakar kalori bagi menaikkan suhu badan ke paras normal.

3. Sentiasa bergerak
Gerakan ringkas seperti memakan 'chewing gum' dan mengoyang2kan kaki dapat membantu menambah pembakaran kalori berbanding duduk diam sahaja. Oleh itu jangan marah juga anak2 tidak tahu duduk diam...mereka sedang membakar kalori, mengapa tidak kita turut serta!

4. Ketawa
Anda akan membakar lebih 20% kalori dengan menonton cerita lawak berbanding cerita drama!

5. Makan makanan pedas
Makanan pedas akan meningkatkan metabolisme untuk menggalakkan pembakaran kalori. Namun begitu peningkatan metabolisme boleh menambahkan selera makan, jadi pastikan anda tidak menambah pula!

Tips Amalan Pemakanan Sihat

1. Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
2. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman) yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais sangat tidak digalakan.
3. Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
4. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
5. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
6. Elakan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG dan bahan pewarna.
7. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi).
8. Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar.
9. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
10.Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 dR Group Product |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.